Friday, June 17, 2011

jumaat

Salam Jumaat dan hi!

Hari ini saya teruja nak karang post dalam Bahasa Melayu, walaupun saya sendiri meragui akan kelancaran nak terjemah perkataan yang biasa diguna dalam Bahasa Inggeris, tiba-tiba nak tukar B.M. Contoh paling gagal - post. Hari ni duit saya memang dah paling habis dah. Duit simpanan, duit gaji, duit kerja sambilan semua habis. Sebab apa? Sebab nak masuk 2 bulan dah gaji masuk. Lepas tu biijak sangat nak bela kucing la bagai, tak pasal dah tambah kos sara hidup dan anak kucing. Takpelah, rezeki kongsi sama-sama. Anak kucing tu juling, bulu putih, mata biru, memang comel sangat. Tapi sekarang da nakal - macam budak la masa merangkak ala comel cepat la pandai jalan,bila da pandai berlari sana sini, huh nak gugur jantung aku tiap-tiap hari.

Maka harini saya terpaksa tebal muka kat mak, mak pun terus guna kuasa veto suruh ikut dia pegi alumni (waa--ngantuk!) esok kat Janda Baik.. Siap pesan - jangan pakai tak senonoh, Chup, maksudnya pernah la saya pakai tak senonoh kan mak? Cis.. tak pe lah mak janji mak bank in. :) Terima kasih.

p/s - Anak kucing juling - rujuk gambar bawah.

No comments:

Post a Comment