Salam..
Harini nak cite pasal kasut.. macam2 boleh cite pasal kasut sebab kasut ni kelemahan kebanyakan perempuan, dan kelemahan aku yang paling besaaaar sekali. Aku paling mudah jatuh cinta dengan kasut. Baik flat, boots, pumps, stiletto, sandal, casual shoes, memang aku sukaaa semua jenis kasut. Bila ada sale, tempat kasut la tempat yang aku paling aku cari, dan satu-satunya tempat aku sanggup tahan nak berebut dengan orang lain, dan boleh bertolak-tolak dengan orang lain. Kedua adalah beg tapi tu cite lain.
So kadang-kadang (yang selalu pun ada) bila ada sale kasut ni, dan-da masa tu la, haaa ni la kasut aku cari, haaa ni la kasut aku memang nak beli,, haaa kasut macam ni la senang pakai pegi keja, haaa kasut ni nak kena beli ni kasut nak jalan dah takde. haa mase ni la keluar seribu satu alasan - kasut ni wajib beli. Itu baru satu kasut. Tiba-tiba nampak satu lagi pulak, haa yang ni x sama dengan tadi, Ni pakai sekali-sekala je, yang ni untuk special occasion, mesti la kena beli yang ni takkan nak pakai kasut tadi yang untuk tiap2 hari tu, kasut ni ngam la kalau nak pergi dot dot dot.. dan sebagainya.. hahah..
Senang kata, aku memang tak boleh nampak kasut, mesti tersangkut.. kadang2 berejam duk try satu satu lepas bukan beli pun kan, mencuba je lebih. Bukan nak buang masa berangan, tapi memang seronok. :)
Selalunya, bila poket tengah nyawa-nyawa ikan, masa ni lah ada kasut-kasut yang memanggil-manggil mintak dibeli (ceh!). Mulalah sengsara alamak nak beli jugak ni tapi terhad, harga terhad, kuantiti terhad :( Pilih punya pilih, sampai lah ke dua pilihan terakhir. Maka sesi tanya bertanya, mintak pendapat dan catwalk 10 pusingan dengan setiap jenis kasut pun berlaku. Akhirnya, selalunya peneman akan berkata; betul ni nak pakai kasut macam ni? kalau awak beli ni confirm pakai ni? betul ke selesa kasut ni? nak beli, beli la tapi nanti jangan sibuk melecet la ape la.. Tuan-tuan dan puan, bagi saya, inilah ayat2 maut, kerana ayat2 ni saya akan terus decide, yes, haah memang, eh mesti la pakaaaiii, fine aku beli sekarang. kerana ayat2 ni mcm ayat mencabar, ayat2 "beli la aku tgk pakai x pakai nanti" maka dengan semangat membara kasut tu pun terus dibawa ke kaunter. walaupun hakikatnya tadi hati separuh2 je nak beli. hahah nasib baik lagi dua2 sekali aku angkut pegi kaunter, menganga kaw! haha
Sebenarnya, perempuan yang jenis macam ni, (akulah tu..) harus di"reverse psychology"kan.. Bila ditanya, kasut mana ok? patut ke beli? berbaloi tak kalau beli kasut ni? Nak beli satu je ke atau nak beli dua2? Jawablah dengan, kalau rasa berbaloi belilah, kalau confirm nak pakai beli la, kasut tu bagus beli la, walaupu ada perkataan "belilah" tapi aku akan pikir, confirm ke? bagus ke? berbaloi ke? Maka aku akan pikir alah sepanjang tahun ade sale, nanti2 lah... Maka dua2 kasut dibiarkan begitu sahaja.. hahaha
Itu jela cite pasal kasut, sekarang nak gi tengok kasut kt Agape :)
Haha... Momoy pun macam u juga dear
ReplyDeleteayat tanya tu mmg mencabar suruh beli terus
haisss